Presiden Hamzah Zainudin berkata Wawasan menolak keputusan JPPM sepenuhnya, dan bersama ‘parti-parti politik sahabat PN’ akan mempertahankan hak melalui saluran undang-undang.
Awal hari ini, JPPM mengumumkan pembatalan pendaftaran PN selepas mendapati penjelasan dikemukakan gabungan itu gagal menyangkal asas pembatalan dalam notis terdahulu.
Pembatalan ini menyusuli penggantungan semua kegiatan PN pada 23 Sept. Pada 13 Okt, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan PN mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar dua notis dikeluarkan JPPM, namun tidak membenarkan penangguhan sementara terhadap penggantungan aktiviti PN. Pendengaran permohonan penangguhan ditetapkan pada 22 Okt.
“Segala tindakan undang-undang seperti yang dijelaskan oleh Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, akan diteruskan,” kata Hamzah dalam kenyataan.
Siasatan JPPM terhadap PN dibuat susulan aduan dilaporkan Bersatu yang mendakwa mereka dinafikan hak untuk menghadiri, memberi pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat majlis tertinggi PN pada 16 Jul.
Awal hari ini, Takiyuddin mengumumkan PN mempertimbangkan untuk merayu kepada menteri dalam negeri bagi mencabar tindakan JPPM, selain daripada proses perundangan.
Takiyuddin juga mengumumkan parti-parti komponen PN masih boleh bertanding pada PRN Melaka, 14 Nov ini, menggunakan lambang parti anggota.
Berkaitan PRN Melaka, Hamzah berkata parti-parti yang sehaluan dengan PN akan memasuki pilihan raya dengan strategi yang tepat.
“Sehubungan itu, seluruh ahli dan penyokong diseru supaya kekal tenang dan mematuhi lunas perundangan dalam negara,” katanya.
Dalam pada itu, Hamzah mendakwa pembatalan pendaftaran PN dibuat berdasarkan dua tafsiran berbeza oleh JPPM dalam pemakaian Seksyen 18C Akta Pertubuhan.
Menurut Hamzah, pada 13 Julai, empat Ahli Parlimen Bersatu membuat aduan kepada JPPM yang mempersoalkan kuorum mesyuarat majlis pimpinan tertinggi Bersatu.
Katanya, dalam jawapan pada 16 Julai, JPPM merujuk Seksyen 18C Akta Pertubuhan dan menetapkan bahawa keputusan parti politik berhubung urusan dalaman adalah muktamad.
Katanya lagi, JPPM turut menyerahkan perkara tersebut untuk diputuskan secara dalaman mengikut perlembagaan parti, dan menegaskan bahawa JPPM tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan.
Sebaliknya, JPPM mentafsir sendiri Fasal 7.1 Perlembagaan PN dan menolak tafsiran PN, berhubung aduan Bersatu, katanya.
“Undang-undang yang sama, jabatan yang sama, tetapi tafsiran yang berbeza mengikut pihak yang terlibat,” katanya.
Hamzah juga mendakwa keputusan pembatalan hari ini bertentangan dengan pendirian JPPM yang terkandung dalam surat bertarikh 6 Okt, yang menyatakan bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh PN akan dijawab di mahkamah.
FMT sedang mendapatkan komen JPPM.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment