NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pernahkah Prabakaran tuntut penceroboh tanah dipenjarakan? – Firdaus Wong



BANGI, 9 JAMADILAWAL —  Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan sama ada Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran pernah menuntut supaya penceroboh tanah dan pembina rumah ibadat haram turut dikenakan hukuman penjara.

Pengerusi Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) itu membangkitkan persoalan berkenaan ketika mengulas cadangan Prabakaran supaya hukuman penjara diwajibkan terhadap pesalah yang membinasakan rumah ibadat.

Firdaus terlebih dahulu menyatakan persetujuan dan sokongan terhadap prinsip bahawa sesiapa yang melakukan jenayah perlu dikenakan hukuman setimpal.

“Undang-undang mesti didaulatkan tanpa mengira agama dan bangsa pelakunya,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan sama ada Prabakaran pernah menyuarakan tuntutan hukuman sama terhadap penceroboh tanah dan pembina rumah ibadat haram.

“Namun pernah ke Prabakaran menyatakan perkara yang sama terhadap penceroboh tanah dan pembina rumah anutan haram iaitu agar mereka juga mesti dipenjarakan?” soalnya.

Menurut Firdaus, sekiranya Prabakaran pernah menyuarakan tuntutan sedemikian, perkara itu menunjukkan konsistensi prinsip Ahli Parlimen Batu berkenaan.

Sebaliknya, jika tiada, beliau mempersoalkan mengapa Prabakaran tidak mengambil pendirian yang sama.

“Kalau ada, baguslah. Konsisten prinsip Prabakaran ini. Kalau tiada, persoalan yang wajib dijawab Prabakaran ialah kenapa tidak konsisten?” katanya.

Terdahulu, Prabakaran mencadangkan kerajaan memansuhkan pilihan hukuman denda di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan supaya pesalah yang disabitkan di bawah peruntukan berkenaan dikenakan penjara.

Menurut laporan Malaysiakini, beliau menjelaskan cadangan itu selepas membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Peruntukan berkenaan berkaitan perbuatan membinasakan, merosakkan atau mencemarkan tempat ibadat atau objek suci.

Dalam perbahasannya, Prabakaran membangkitkan dakwaan pencerobohan sebuah kuil berhampiran Lebuhraya Pantai Baru (NPE) serta kerosakan patung di dalamnya, sambil menggesa tindakan tegas terhadap pihak terlibat.

Beliau turut menegaskan bahawa isu kuil yang dibina tanpa kebenaran perlu ditangani pihak berkuasa, bukannya orang awam.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo