NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Kelantan akan pilih pendekatan terbaik berhubung exco Bersatu



PETALING JAYA:
 Kerajaan Kelantan akan memilih pendekatan terbaik berhubung kedudukan exco daripada Bersatu, di sebalik gesaan supaya kedudukan mereka dikaji semula.

Timbalan Menteri Besar Fadzli Hassan berkata kerajaan Kelantan sedang mengikuti perkembangan di peringkat pusat dan negeri.

“Kita akan melihat pilihan yang ada dan memilih pendekatan terbaik,” katanya kepada FMT.

Bersatu mempunyai seorang exco dalam pentadbiran Nassuruddin Daud, iaitu Adun Ayer Lanas, Kamaruddin Nor, yang memegang portfolio pelancongan, kebudayaan, kesenian dan warisan.

Terdahulu, Naib Presiden Parti Wawasan Negara, Wan Saiful Wan Jan, menggesa kedudukan wakil rakyat Bersatu yang dilantik sebagai exco di Kedah, Kelantan dan Terengganu dikaji semula.

Gesaan itu menyusuli tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional, ekoran aduan Bersatu yang menurut setiausaha agung parti itu berkenaan pelanggaran perlembagaan oleh kepimpinan baharu PN.

Bersatu juga mempunyai dua ahli yang memegang jawatan exco di Kedah, dan seorang di Terengganu.

Sementara itu, Kamaruddin ketika dihubungi enggan mengulas mengenai kedudukannya sebagai exco.

Pada September lalu, Kamaruddin berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada menteri besar untuk menentukan kedudukannya sebagai exco, berlatarkan perselisihan antara Bersatu dan PAS.


Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo