Ketika membahas Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, Jalaluddin (BN-Jelebu) dicelah Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang bertanya sama ada ketiadaan barisan exco baharu akan merencatkan pembangunan negeri itu.
“Hulu Terengganu, jangan risau…(perkara itu) akan selesai. Biar Negeri Sembilan selesaikan masalah negeri Sembilan. Insya-Allah, (marilah kita) doa sama-sama,” katanya tanpa memberikan sebarang tempoh masa.
Negeri Sembilan tiada barisan exco sejak 20 Sept lalu, selepas Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan 10 exco kerana melanggar sumpah jawatan mereka.
Pelantikan itu dibatalkan susulan kenyataan dikeluarkan mereka lima hari sebelumnya yang menyokong satu deklarasi menyingkirkan Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar.
Bekas menteri besar, Aminuddin Harun, yang kini ketua PKR Negeri Sembilan, berkata ketiadaan barisan exco menjejaskan urusan pelaburan dan perniagaan yang memerlukan kelulusan kerajaan negeri.
Beliau berkata, kerajaan negeri tidak dapat berfungsi seperti biasa hampir dua bulan selepas mengambil alih pentadbiran, dengan keputusan penting berkaitan dasar serta kelulusan masih tertangguh.
Dari segi ekonomi, Jalaluddin berkata, ekonomi Negeri Sembilan perlu terus dibangunkan dan statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan nilai ekonomi negeri itu mencecah RM58 bilion tahun lalu.
Beliau mencadangkan Putrajaya menyokong pembangunan koridor ekonomi negeri itu dengan menyediakan rangkaian pengangkutan dan utiliti mencukupi, kemudahan logistik serta tenaga kerja mahir.
Perkeso untuk pelatih industri
Jalaluddin turut menyarankan pelajar menjalani latihan industri dalam sektor industri berat layak menerima caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Beliau merujuk satu kes di kawasan Parlimennya, di mana seorang pelajar sedang menjalani latihan industri maut dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Keluarga mangsa tidak dapat menuntut pampasan kerana pelajar itu bukan pencarum Perkeso.
Kes sedemikian, katanya, boleh membebankan keluarga berpendapatan rendah yang bergantung harapan kepada anak untuk mengubah nasib keluarga.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment