NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

2 jawatan tertinggi Warisan tak dicabar, 8 calon rebut 3 jawatan naib presiden



PETALING JAYA:
 Warisan akan mengadakan pemilihan parti sempena mesyuarat agung tahunannya pada Ahad ini, dengan dua jawatan tertinggi parti sekali lagi tidak dipertandingkan.

Presiden pengasas, Shafie Apdal, akan kekal sebagai ketua parti selama satu penggal lagi, manakala Darell Leiking terus berkhidmat sebagai timbalannya.

Namun, lapan calon akan bersaing untuk tiga jawatan naib presiden, termasuk tiga penyandang, Jaujan Sambakong, Junz Wong dan Terrence Siambun.

Calon lain ialah Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis, Ketua Penerangan Warisan Azis Jamman, Adun Darau Azhar Matussin, Adun Kapayan Chin Tek Ming serta Timbalan Ketua Warisan Kota Belud Charles Ebbie.

Seramai 40 calon lain akan bertanding merebut 20 kerusi dalam Majlis Tertinggi Warisan.

Shafie berkata, jumlah keahlian Warisan di Sabah telah mencecah 380,000 orang.

Parti itu menyambut ulang tahun penubuhan ke-10 pada 17 Okt lalu.

Bekas ketua menteri itu berkata, Warisan menarik keahlian daripada pelbagai latar belakang dan berusaha mendekati seberapa ramai teknokrat.

Katanya, sebahagian besar ahli Warisan terdiri daripada golongan muda dan pemilihan parti kali ini merupakan proses peremajaan kepimpinan bagi memberi peluang ahli muda tampil sebagai pemimpin serta menjadi penggubal undang-undang di Sabah serta Malaysia.

“Ini menunjukkan minat mendalam rakyat di peringkat akar umbi yang bukan sekadar mahu menjadi ahli biasa, tetapi mahu menjadi pemimpin yang menentukan masa depan kita,” katanya menurut Borneo Post.


Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo