NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pas perlu jelaskan pendirian dalam isu Negeri Sembilan - AMK



SHAH ALAM - Pas perlu menjelaskan sama ada wakilnya dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan menyokong atau membantah keputusan berhubung proklamasi penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, perkara itu perlu dijelaskan susulan pengesahan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, bahawa keputusan berhubung proklamasi berkenaan dibuat secara sebulat suara oleh semua ahli Exco.

“Maka saya mencabar kepimpinan Pas jawab dengan jelas. Adakah wakil Pas turut menyokong keputusan itu?

“Jika menyokong, tampil dan pertahankannya. Jika membantah, nyatakan bila bantahan itu dibuat dan mengapa Menteri Besar mengumumkannya sebagai keputusan sebulat suara,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, Pas perlu menjelaskan pendiriannya berhubung perkembangan di Negeri Sembilan kerana parti itu mempunyai wakil dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Jangan jadikan diam sebagai jalan keluar. Pas mesti jawab. Rakyat berhak tahu siapa yang membuat keputusan, siapa yang menyokongnya dan siapa yang perlu bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu juga berkait dengan tanggungjawab politik Pas, yang sering bercakap mengenai kedaulatan institusi diraja.

“Apabila wakilnya berada dalam pentadbiran yang terlibat secara langsung dalam krisis ini, rakyat berhak mendengar pendirian Pas sendiri,” katanya.

Danish berkata, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah membatalkan pelantikan ahli-ahli Exco susulan pertikaian berkenaan.

“Dalam keadaan penting ketika ini, diam bukan sebuah jawapan. Pas mesti jelaskan pendiriannya dan peranan wakilnya kepada rakyat Negeri Sembilan,” katanya.


Sumber | Sinar Harian












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo