MELAKA – Pemuda UMNO mengesahkan akan menghadiri Muktamar Pemuda Pas di Kota Bharu, Kelantan pada 3 September ini, sekali gus membuka ruang kepada perbincangan mengenai kerjasama politik antara kedua-dua sayap parti berkenaan.
“Memang ada jemputan daripada Pemuda Pas ke muktamar itu.
“Saya telah berikan pengesahan kehadiran saya. Insya-Allah saya bersama dengan kepimpinan Pemuda UMNO akan ke muktamar berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam, di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, Dr. Muhammad Akmal tidak menolak kemungkinan kehadiran Pemuda UMNO ke muktamar itu akan turut membincangkan kerjasama politik antara kedua-dua sayap parti itu.
Mengulas Perhimpunan Agung Pemuda UMNO pada 10 September ini katanya, antara agenda yang akan menjadi fokus utama ialah persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Jelasnya, tumpuan diberikan kepada cadangan-cadangan untuk dijadikan manifesto parti bagi menghadapi pilihan raya.
“Antara agendanya adalah kita nak mengusulkan beberapa manifesto yang akan kita bawa untuk mendepani pilihan raya umum akan datang.
“Jadi antara perbincangan manifesto itu, kita akan dengar daripada perwakilan-perwakilan,” tambahnya.
Beliau yakin, perwakilan Pemuda UMNO mempunyai banyak idea yang boleh diketengahkan untuk dipertimbangkan. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment