BANGI, 11 RABIULAWAL — Satu himpunan aman akan dilancarkan sebagai tanda sokongan kepada Kerajaan Perlis yang tegas merobohkan Kuil Sri Veera Kaliamman di Bukit Lagi, Kangar, baru-baru ini.
Pendakwah bebas, Zamri Vinoth berkata, himpunan anjuran Gabungan Penentang Rumah Anutan dan Bangunan Haram Perlis (GARAPs) akan berlangsung pada 30 Ogos depan di lokasi tapak rumah anutan haram itu.
TV Pertiwi difahamkan, penganjuran Himpunan Biru Kuning itu juga sebagai membantah Himpunan Merah yang bakal dianjurkan oleh pihak tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa.
Difahamkan, Himpunan Merah ini mula menarih perhatian ramai apabila ia diumumkan oleh aktivis kontroversi, Arun Dorasamy dalam media sosial beberapa hari lepas.
“Himpunan (Biru Kuning) diteruskan selagi tidak ada pembatalan (Himpunan Merah).
“Setakat ini tidak nampak apa-apa lagi kenyataan dari Arun,” katanya kepada TV Pertiwi.
Sebelum ini, berita mengenai perobohan sebuah kuil haram yang dibina di Bukit Lagi mendapat pujian ramai.
Tindakan itu dilihat sebagai keberanian pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang menceroboh tanah dan membina rumah antuan secara haram.
Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kecaman oleh beberapa pemimpin DAP termasuk Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan seorang senator, RA Lingeswaran.
Mengulas mengenai kritikan ini, Zamri menegaskan supaya Arun, Rayer dan Lingeswaran tidak masuk campur dengan urusan kerajaan negeri.
Tegas Zamri, tindakan itu adalah berlandaskan undang-undang dan tidak ada kena mengena dengan perkauman atau agama.
“Mereka siapa nak campur tangan urusan negeri Perlis? Hindu Perlis pun tidak keluar kenyataan sama ada dari peringkat pemimpin hingga akar umbi.
“Mereka tahu kewujudan binaan itu salah, jadi orang luar jangan nak jadi batu api.
“Daripada sibuk dengan urusan di sini, Lingesh dan Rayer sepatutnya pergi sibuk dengan urusan pencerobohan tanah di kawasan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Zamri menjelaskan, masih terdapat satu lagi kuil besar yang terletak bersebelahan dengan kuil tersebut.
Bagaimanapun, beliau berkata, kuil itu tidak menjadi masalah kerana ia dibina secara sah mengikut prosedur undang-undang.
“Di Perlis cuma ada 3,099 Hindu sahaja. Kalau satu kawasan sampai ada tiga kuil, itu tak masuk akal.
“Tetapi kalau nak ada tiga kuil juga, belilah tanah. Tidak ada masalah,” tambah beliau.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment