NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Fitnah nak jadi MB, Tok Undang antara cabaran terbesar PRN kali ini' - Anthony Loke



KUALA LUMPUR - Anthony Loke menyifatkan tuduhan kononnya beliau mahu menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dan Tok Undang sebagai serangan peribadi yang melampau serta antara cabaran paling besar pernah dihadapinya sepanjang penglibatan dalam politik.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu, semua dakwaan dan tuduhan itu hanyalah fitnah yang telah mencetuskan sentimen negatif dalam kalangan masyarakat Melayu semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sepanjang dua minggu lalu.

“Terdapat begitu banyak fitnah dan tuduhan tidak berasas yang mendakwa saya mahu merampas kuasa daripada kepimpinan Melayu, kononnya mahu menjadi Menteri Besar dan menguasai keseluruhan pentadbiran kerajaan negeri.

“Saya berdepan dan menentang segala pembohongan serta tuduhan tersebut. Namun begitu, kami terus bertahan dan berjuang sehingga saat-saat terakhir,” katanya semasa sidang media di sini.

Tambahnya, segala fitnah dan serangan yang dilemparkan terhadap beliau sepanjang kempen merupakan lumrah dalam dunia politik yang perlu dihadapi oleh setiap ahli politik.

Namun beliau mengakui masih ada pihak yang mempercayai dakwaan itu walaupun ia pada asalnya hanya dilontarkan sebagai satu sindiran.

Mengulas keputusan itu, Loke berkata, beliau tetap berbangga apabila berjaya meraih 47 peratus undi keseluruhan termasuk kira-kira 20 hingga 25 peratus sokongan pengundi Melayu, meskipun tewas dengan perbezaan hanya beberapa ratus undi.

Beliau berkata, kekalahan sekitar tiga peratus itu adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang perlu dihormati dan diterima dengan hati terbuka

“Saya menghormati keputusan itu. Tiada sebarang penyesalan kerana telah berjuang hingga ke penghujung. Kalau pun tewas, saya tewas dengan penuh maruah,” katanya.

Meskipun kehilangan kerusi Chennah dan Repah pada PRN kali ini, DAP masih mengekalkan sembilan kerusi DUN di Negeri Sembilan iaitu Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Seremban Jaya serta Lukut. - Awani








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Ada la silap cara geng² dap tu, tapi kalau geng² umno lagi puaka dgn sultan, .. dulu sampai ada yg demo bawa sepandok tak beradab yg mcm².. termasuk ada yg ditulis "... hey nattan kami nok deris" masa krisis lantikan mb. Bayangkan kalau mana² dmo ada taiko² dap yg pegang sepanduk tertera perkataan begitu. agaknya ada la kunun hero² yg bingkas menyalak.

    Malaysia ni kena tendang semua geng² politik yg ada kes rasuah yg dah dibawa ke mahkamah. Jugak yg ada kesalahan yg besar yg lain..

    Kena ada undang² parti politik tak boleh pecat ahli kecuali kalau ada yg bersalah dimahkamah, atau berkempen dgn pehak lain lawan parti sendiri, .. ni tidak.. bila ad yg nak lawan bos dlm pemilihan terus je kena pecat dgn alasan tak masuk akal & democratic.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo