- Demikian tegas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam mengulas kenyataan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berhubung isu perobohan Kuil Veeramakaliamman di Bukit Lagi, Kangar.
- “Sepatutnya, ahli parlimen ini mengajar rakyat untuk mengikut undang-undang, bukan membina bangunan sesuka hati tanpa peraturan dan hak milik.
- “Rumah persendirian pun tidak boleh kita bina dengan menceroboh tanah orang lain, atau tanah awam. Apatah lagi membina rumah ibadat agama.
- “Islam itu harmoni dan menghormati hak, walaupun tidak bersetuju. Namun, Islam juga tidak membenarkan manusia merampas atau mengambil tanah pihak lain tanpa alasan yang sah,” katanya.
KANGAR – “Adakah dalam dunia ini agama yang mengajar ‘kebas’ tanah orang untuk buat rumah ibadat? Jika tiada, jangan buat!”
Demikian tegas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam mengulas kenyataan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berhubung isu perobohan Kuil Veeramakaliamman di Bukit Lagi, Kangar.
Menerusi hantaran di media sosial, Dr Mohd Asri menegaskan Malaysia adalah negara yang mempunyai undang-undang dan setiap pihak perlu mematuhinya, termasuk dalam perkara berkaitan pembinaan rumah ibadat.
“Sepatutnya, ahli parlimen ini mengajar rakyat untuk mengikut undang-undang, bukan membina bangunan sesuka hati tanpa peraturan dan hak milik.
“Rumah persendirian pun tidak boleh kita bina dengan menceroboh tanah orang lain, atau tanah awam. Apatah lagi membina rumah ibadat agama,” katanya.
Menurut beliau, Islam mengajar keharmonian serta menghormati hak orang lain walaupun terdapat perbezaan pandangan.
“Islam itu harmoni dan menghormati hak, walaupun tidak bersetuju. Namun, Islam juga tidak membenarkan manusia merampas atau mengambil tanah pihak lain tanpa alasan yang sah,” katanya.
Dr Mohd Asri berkata, sikap harmoni dan menghormati hak tidak seharusnya menyebabkan mana-mana pihak mengambil kesempatan untuk melanggar peraturan atau memperlekehkan undang-undang.
“Jangan sampai keharmonian dan penghormatan hak yang diberikan, menjadikan peluang untuk pihak lain melanggar peraturan, memijak tengkok pihak yang jujur dan memperlekehkan undang-undang,” katanya.
Beliau pada masa sama menegaskan isu yang berlaku di Perlis baginya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik, sebaliknya berkaitan pelaksanaan peraturan dan kedaulatan undang-undang.
“Apa yang berlaku di Perlis bagi saya tiada kaitan parti politik dan saya bukan pendokong mana-mana parti politik. Apa yang berlaku ialah perlaksanaan peraturan dan kedaulatan undang-undang,” katanya.
Dr Mohd Asri turut mengingatkan agar isu berkenaan tidak dijadikan bahan untuk membakar sentimen perkauman atau ketegangan agama.
“Jangan bakar sentimen perkauman atau ketegangan agama. Buruk akibatnya nanti bagi negara ini!” katanya.
Beliau berkata, keadaan di Malaysia berbeza dengan sesetengah negara lain kerana rakyat pelbagai agama dapat hidup dengan aman, sambil menegaskan kewujudan kuil yang sah tidak disentuh oleh majoriti rakyat negara ini.
“Betapa banyak kuil yang sah wujud. Tidak disentuh pun oleh majoriti rakyat negara ini,” katanya.
Dr Mohd Asri turut memberi contoh masjid di India yang menurutnya ada berusia ratusan tahun, malah lebih 1,000 tahun, namun dirobohkan atas alasan tidak disenangi majoriti rakyat negara berkenaan. – The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment