NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sokongan Melayu merosot di Johor, PH rombak strategi hadapi PRN Negeri Sembilan - Amirudin



SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) mengakui kemerosotan sokongan pengundi Melayu antara faktor yang menyumbang kepada kekalahan gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengarah Pilihan Rayanya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dapatan bedah siasat PRN Johor mendapati gabungan itu masih mempunyai sokongan kukuh dalam kalangan pengundi bukan Melayu, namun berdepan penurunan sokongan daripada pengundi Melayu.

"Selain itu, antara faktor (kekalahan PH) dikenal pasti ialah populariti Menteri Besar Johor serta beberapa faktor lain yang mempengaruhi corak pengundian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program Ambulans Kita Selangor Fasa 2 dan Pengenalan Ikon Kesihatan Awam Negeri Selangor di Foyer Utama SUK, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Rabu.

Amirudin menjelaskan, susulan dapatan itu, PH akan memperkemaskan pendekatan kempen dengan memberi tumpuan lebih besar kepada usaha mendekati pengundi muda menjelang PRN Negeri Sembilan.

Beliau memberitahu, berdasarkan data cerapan setiap saluran, masih terdapat ruang untuk meningkatkan sokongan dalam kalangan kumpulan pengundi berkenaan.

"Malam ini saya akan mengadakan mesyuarat di peringkat PH bagi menyusun strategi lebih kemas untuk PRN Negeri Sembilan, selain membuat persiapan menghadapi pilihan raya lain selepas ini," ujar beliau.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, pendekatan kempen di Negeri Sembilan juga akan disesuaikan dengan landskap politik negeri itu memandangkan PH adalah kerajaan yang mentadbir berbeza dengan Johor yang menyaksikan gabungan berkenaan bertanding sebagai pembangkang.

"Beberapa perubahan pendekatan akan dilaksanakan mengikut kesesuaian lokaliti dan latar belakang calon supaya gerak kerja lebih tersusun serta mesej dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada rakyat.

"Saya percaya kita masih berada pada landasan tepat dan kukuh untuk mempertahankan Negeri Sembilan.

"Saya akan bekerjasama rapat dengan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun bagi memastikan segala persiapan menghadapi PRN berjalan lancar," tambah beliau.


Sumber | Sinar Harian









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo