Pada masa sama, bekas Ahli Parlimen Baling itu mempersoalkan motif pengumuman isu RCI yang dibuat secara bertubi-tubi ketika tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sekarang.
Katanya, laporan RCI itu sebenarnya telah disiapkan sejak akhir tahun 2022 di bawah kepengerusian bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Raus Sharif, namun tidak diterbitkan lebih awal.
“Saya tidak tahu kenapa tiga tahun lapan bulan benda tu tidak dikeluarkan…yang tahu hanya Perdana Menteri. Dalam RCI itu, jelas menyatakan boleh diterbitkan kepada umum.
“Kalau betul saya ‘sakau’, tahun 2018 lagi Tun Dr Mahathir dah penjarakan saya… saya ditahan 14 malam di lokap, disiasat habis-habisan termasuk audit forensik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) DUN Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias di Taman Simpang Pertang, hari ini.
Abdul Azeez berkata, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki pada 2021 telah mengeluarkan surat rasmi yang mengesahkan tiada salah guna kuasa atau penyelewengan dikesan sepanjang tempoh beliau menerajui Tabung Haji.
Malah, katanya pihak polis memanggilnya sebanyak 11 kali bagi membantu siasatan forensik sebelum ini.
“Dua minggu lepas, saya tanya pihak polis, mereka kata fail ini sudah dikemas untuk disimpan dan hanya menunggu arahan No Further Action (NFA).
“Jadi kalau nak siasat balik, silakan. Saya orang pertama akan bagi kerjasama yang padu dan jitu, kalau saya curi, saya tanggung. Tapi jangan ulang ayat ‘sakau’ demi kepentingan politik,” katanya lagi.
Abdul Azeez turut menjelaskan bahawa sebagai pengerusi bukan eksekutif ketika itu, beliau tidak mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan sebarang transaksi atau pelaburan secara bersendirian.
Jelasnya, setiap kertas kerja perlu melalui panel pelaburan dan bahagian pengurusan risiko terlebih dahulu sebelum dibawa ke mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah.
Kelulusan akhir pula tertakluk di bawah bidang kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu tersebut.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment