KUALA LUMPUR – Peletakan jawatan beberapa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak menjejaskan syarat cukup bilangan mesyuarat MPT.
Ia sekali gus membolehkan pengurusan serta pentadbiran parti terus berjalan seperti biasa mengikut Perlembagaan Bersatu, kata Naib Presiden Bersatu, Dr. Radzi Jidin.
Perkara itu merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee hari ini berhubung isu cukup bilangan Mesyuarat MPT Bersatu tidak mencukupi untuk mengadakan mesyuarat.
Sehubungan itu Radzi menegaskan, peletakan jawatan beberapa ahli MPT tidak menjejaskan ketetapan cukup bilangan yang diperuntukkan di bawah perlembagaan parti.
Beliau berkata, mesyuarat MPT Bersatu serta urusan pengurusan dan pentadbiran parti boleh diteruskan seperti biasa selaras dengan kehendak Perlembagaan Bersatu.
Terdahulu, Ronald yang merupakan Naib Presiden Bersatu yang digantung mempersoalkan keabsahan setiap keputusan yang dibuat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu susulan perletakan jawatan beberapa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT).
Beliau menggesa, Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat segera bagi menilai kedudukan semasa Bersatu dalam gabungan tersebut.
Katanya, kenyataan Presiden Bersatu bahawa krisis dalaman parti akan diselesaikan secara dalaman tidak menjawab persoalan paling asas sama ada MPT masih boleh berfungsi dan bermesyuarat secara sah mengikut Fasal 13.12 Perlembagaan Bersatu yang mensyaratkan kehadiran korum melebihi separuh daripada jumlah ahli MPT. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment