NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Young Syefura pertahan DAP hormati Perlembagaan, Deklarasi Setapak dipersoal



  • Menerusi video yang dimuat naik di media sosial semalam, Young Syefura mempertahankan terhadap sebuah video dakwaan bahawa “Perlembagaan DAP menolak Perlembagaan Persekutuan”.
  • Bagaimanapun, kenyataan tersebut mengundang kritikan kewujudan Deklarasi Setapak 1967 yang turut dipaparkan dalam laman sesawang rasmi parti berkenaan, yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
  • Deklarasi Setapak memperjuangkan prinsip kesamarataan etnik dan menentang pengasingan rakyat kepada kategori “Bumiputera” dan “bukan Bumiputera”, sekali gus dilihat bercanggah dengan konsep keistimewaan Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman yang mempertahankan DAP sebagai sebuah parti yang menghormati Perlembagaan Persekutuan mencetuskan semula perdebatan mengenai kandungan Deklarasi Setapak 1967 yang menjadi antara dokumen asas perjuangan parti itu, yang sebenarnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial semalam, Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara memberi respons terhadap sebuah video dakwaan bahawa “Perlembagaan DAP menolak Perlembagaan Persekutuan”.

Dalam video tersebut, beliau turut memaparkan tangkap layar daripada laman sesawang rasmi DAP yang mengandungi Perlembagaan DAP serta menegaskan bahawa pemimpin parti itu telah berkali-kali menyatakan DAP menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut mengundang kritikan daripada beberapa pihak yang mempersoalkan kewujudan Deklarasi Setapak 1967 yang turut dipaparkan dalam laman sesawang rasmi parti berkenaan, yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Deklarasi Setapak memperjuangkan prinsip kesamarataan etnik dan menentang pengasingan rakyat kepada kategori “Bumiputera” dan “bukan Bumiputera”, sekali gus dilihat bercanggah dengan konsep keistimewaan Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Antara kandungan deklarasi itu menyatakan bahawa dalam proses pembinaan negara, kesamarataan etnik perlu menjadi prinsip utama dan atas dasar tersebut pengasingan rakyat kepada dua kelompok berkenaan ditentang.

Deklarasi itu turut menegaskan bahawa semangat Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati dalam aspek budaya dan pendidikan, di samping menerima Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan serta mempertahankan hak penggunaan bahasa-bahasa lain.

Susulan itu, kepimpinan DAP perlu menjelaskan pendirian semasa parti berhubung Deklarasi Setapak serta sejauh mana dokumen berkenaan masih menjadi rujukan dalam hala tuju politik parti.

Perkara itu turut menimbulkan persoalan sama ada komitmen DAP terhadap Perlembagaan Persekutuan selaras dengan prinsip-prinsip yang terkandung dalam deklarasi tersebut dan sama ada DAP sedia untuk membatalkan  Deklarasi Setapak 1967, jika ia benar-benar menghormati keistimewaan Bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. – The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo