NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengundi diseru hukum Umno kerana khianat kerajaan negeri



PETALING JAYA:
 Pengundi Negeri Sembilan diseru memanfaatkan PRN pada 1 Ogos bagi menghukum Umno, dengan ketua Pakatan Harapan negeri, Aminuddin Harun, berhujah pengkhianatan terhadap kerajaan negeri oleh parti tersebut membawa kepada pembubaran DUN.

Menurutnya, sepucuk surat didakwa ditulis oleh Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, kepada pemimpin-pemimpin PAS mendedahkan perbincangan antara Perikatan Nasional dan Umno mengenai usaha menjatuhkan beliau sebagai menteri besar.

Aminuddin meminta DUN dibubarkan pada minggu lepas, dua tahun sebelum tempoh berakhir, selepas dua minggu pergolakan politik yang berpunca daripada tindakan 14 Adun Umno mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada Aminuddin, yang memimpin kerajaan campuran negeri dibentuk oleh PH dan Barisan Nasional.

Ahli-ahli Umno tersebut kemudian bersetuju untuk kekal bersama kerajaan namun parti itu mengisytiharkan bahawa ia akan bertanding di semua kerusi, sekali gus mendorong PH melakukan perkara sama.

Aminuddin menggesa penyokong PH turun beramai-ramai pada hari pengundian, menyeru peratusan keluar mengundi mencapai 80%.

“Tunjukkan rasa ketidakpuasan hati kita kepada mereka yang khianat kita. Kalau boleh, kita nak 1 Ogos bukan sekitar 70% saja keluar mengundi. Kita nak 80% keluar mengundi,” katanya sempena pelancaran jentera pilihan raya PH Negeri Sembilan di Seremban.

“Inilah peluang kita. Inilah masa kita. Tunjukkan kepada mereka. Biar tuan-tuan yang ajar mereka. Pastikan bahawa rakyat hari ini mampu untuk memberi hukuman kepada mereka. Yang mampu memberi hukuman adalah pengundi. Yang mampu memberi hukuman adalah tuan-tuan dan puan-puan,” kata Aminuddin, yang merupakan Adun Sikamat pada penggal lalu.

PH juga mesti memperkukuh kedudukan menjelang pilihan raya umum akan datang. “Apabila pilihan raya tiba, kita akan menentang mereka di sana juga,” kata Aminuddin, yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson.

PH menduduki lapan kerusi Parlimen di Negeri Sembilan.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo