Menurut Johari, surat terakhir diterimanya daripada Perikatan Nasional (PN) hampir dua minggu lalu hanya memaklumkan pelantikan Pengerusinya Ahmad Samsuri Mokhtar ke jawatan itu.
“Saya terima surat daripada Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan hampir dua minggu lalu, tetapi surat itu untuk melantik Samsuri sebagai ketua pembangkang.
“Setakat ini tiada sebarang perubahan,” katanya kepada FMT mengulas pengumuman Hadi bahawa Hamzah akan kembali memegang jawatan ketua pembangkang, Sabtu lalu.
Pada 16 Mei lalu, PN mengumumkan pelantikan sebagai ketua pembangkang baharu bagi menggantikan Hamzah, selepas perkara itu dipersetujui Majlis Tertinggi gabungan berkenaan.
Johari menegaskan sebarang pertukaran ketua pembangkang perlu dimaklumkan secara rasmi dan bertulis kepada pejabat Speaker sebelum boleh diiktiraf Dewan Rakyat.
“Apa yang berlaku di luar Parlimen tidak ada kaitan dengan keputusan kami. Ia mesti dimaklumkan melalui surat hitam putih dan mengikut saluran yang betul.
“Mereka tidak boleh sekadar membuat pengumuman. Kalau mahu menukar ketua pembangkang boleh hantar surat kepada kami,” katanya.
Beliau turut menjelaskan, tiada tempoh khusus ditetapkan untuk memaklumkan pertukaran ketua pembangkang.
Katanya, pertukaran boleh dibuat sama ada sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula atau ketika sidang sedang berlangsung, asalkan dimaklumkan secara rasmi kepada pejabat Speaker.
“Kalau mereka mahu menukar ketika persidangan sedang berjalan pun boleh, tiada masalah. Sebelum persidangan pun boleh.
“Tetapi syaratnya mesti ada pemakluman rasmi. Kalau pengumuman itu hanya dibuat dalam kalangan parti atau ahli politik, ia tidak memberi kesan kepada keputusan pihak saya,” katanya.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment