JOHOR BAHRU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dijadual melancarkan jentera PH negeri bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, malam esok.
Naib Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata pelancaran itu dijadual berlangsung di Dewan Sekolah Tinggi Cina, Batu Pahat pada 8 malam.
"Pelancaran jentera PRN PH Johor. 'We are ready' (Kami sudah bersedia)," menurut hantaran itu.
Timbalan Pengerusi PH yang juga Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu juga dijangka hadir pada pelancaran itu.
Sebelum ini, PH Johor mengumumkan bakal bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN kali ini.
Pada PRN Johor 2022, BN memenangi 40 kerusi DUN, PH (12), Perikatan Nasional (tiga) dan MUDA (satu).
DUN Johor dibubarkan pada 1 Jun lepas selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail. - Bernama
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment