- Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dalam satu hantaran di laman Facebook menegaskan, A-Level merupakan sebuah sistem akademik berstandard antarabangsa sebaliknya UEC pula berakar umbi daripada sistem sekolah persendirian yang didakwa diwujudkan atas dasar penolakan terhadap sistem Dasar Pendidikan Kebangsaan.
- “Ia bukan sekadar perbezaan sekeping sijil, ia adalah perbezaan asas orientasi identiti dan pemikiran,” katanya.
- Hantaran itu menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang menyamakan UEC dengan kelayakan antarabangsa A-Level didakwa sebagai satu bentuk manipulasi fakta yang sangat licik.
KUALA LUMPUR – Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang menyamakan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dengan kelayakan antarabangsa A-Level didakwa sebagai satu bentuk manipulasi fakta yang sangat licik.
Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dalam satu hantaran di laman Facebook menegaskan, A-Level merupakan sebuah sistem akademik berstandard antarabangsa sebaliknya UEC pula berakar umbi daripada sistem sekolah persendirian yang didakwa diwujudkan atas dasar penolakan terhadap sistem Dasar Pendidikan Kebangsaan.
“A-Level adalah sistem akademik berstandard antarabangsa. Sebaliknya, UEC berakar umbi daripada sistem sekolah persendirian yang diwujudkan atas dasar penolakan terhadap sistem Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ia bukan sekadar perbezaan sekeping sijil, ia adalah perbezaan asas orientasi identiti dan pemikiran,” katanya.
Hantaran itu turut menyifatkan tindakan Loke yang menggunakan statistik dengan mendakwa 80 peratus atau bersamaan 9,580 pelajar UEC turut mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai satu cubaan mengalih perhatian (smokescreen).
“Persoalan kritikalnya, jika 80 peratus pelajar ini sudah ada kelayakan SPM, kenapa DAP berpuluh tahun masih terdesak menuntut agar sijil UEC itu sendiri diiktiraf masuk ke universiti awam?” soal gerakan itu dalam hantaran berkenaan.
Bagi mereka, jawapan kepada persoalan tersebut adalah jelas di mana isu berkenaan bukan berkisar tentang kecemerlangan akademik atau kekangan ruang menyambung belajar, sebaliknya ia adalah satu langkah strategik untuk menuntut legitimasi politik secara rasmi.
Sehubungan itu, hantaran berkenaan mengingatkan orang ramai agar tidak tertipu dengan permainan angka oleh DAP kerana objektif sebenar pengiktirafan tersebut didakwa adalah untuk mengangkat dan memaksakan sebuah sistem luar arus perdana supaya diiktiraf setaraf dengan sistem pendidikan kebangsaan.
Baru-baru ini Loke yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menyelar dakwaan pihak tertentu yang menuduh kerajaan cuba menggantikan SPM menerusi pengiktirafan UEC.
Beliau berkata, fakta menunjukkan bahawa lebih 80 peratus pelajar UEC menduduki peperiksaan SPM termasuk 9,580 daripada 10,944 pelajar pada tahun lepas sekali gus meyakinkan Kabinet bahawa pelajar aliran tersebut tetap mengambil peperiksaan kebangsaan sebagai asas pendidikan mereka.
“Pelajar UEC juga duduk SPM… UEC ini setaraf dengan A-Level dan digunakan sebagai kelayakan masuk universiti tetapi syarat asas kita tetap mewajibkan calon memiliki SPM dengan sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Melayu dan lulus subjek Sejarah.”Ini syarat yang sangat jelas… saya tabik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau berani menangani dan menyelesaikan isu yang sudah berlarutan berpuluh-puluh tahun ini sedangkan tiada Perdana Menteri sebelum ini yang berani bertindak walaupun sering menjanjikannya dalam manifesto,” katanya. — The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment