NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ops Vape perlu diperkasa, vape campur dadah jadi ancaman keselamatan negara




BANGI, 5 ZULHIJJAH –  Wanita BERJASA menggesa kerajaan memperketat undang-undang serta memperhebat operasi penguatkuasaan terhadap pengedaran vape bercampur bahan terlarang yang disifatkan sebagai ancaman kesihatan awam dan keselamatan negara.

Ketua Wanita BERJASA, Dr Fadilah Ashari berkata, tindakan lebih agresif perlu diambil terhadap pengedar, sindiket dan kilang pemprosesan yang menghasilkan cecair vape mengandungi bahan terkawal seperti furanyl fentanyl.

Gesaan itu dibuat susulan rampasan cecair vape disyaki mengandungi furanyl fentanyl oleh pihak polis dalam operasi baru-baru ini.

Beliau turut menyambut baik tindakan Polis Diraja Malaysia membanteras kegiatan tersebut.

“Tindakan seperti ini amat penting bagi melindungi masyarakat khususnya generasi muda daripada ancaman dadah sintetik yang semakin membimbangkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Ops Vape 1.0 perlu diteruskan dan diperkasakan secara menyeluruh bagi mengekang penularan vape haram di pasaran.

“Undang-undang dan hukuman terhadap pengedaran vape bercampur dadah perlu diperketat supaya menjadi pengajaran kepada pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Dr Fadilah berkata, situasi menjadi lebih berbahaya apabila banyak cecair vape haram dipercayai dicampur dengan bahan lain seperti ketamin, methamphetamine dan xylazine.

Katanya, keadaan itu boleh menyukarkan rawatan kecemasan kerana penggunaan naloxone hanya berkesan terhadap komponen opioid.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada cara selamat untuk mengesan kandungan fentanyl atau bahan terlarang dalam cecair vape haram.

“Satu-satunya cara mengelakkan risiko ialah dengan tidak menggunakan produk vape yang tidak dikawal,” katanya.


Sumber | TV Pertiwi









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo