NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banyak parti Melayu Islam tak jadi masalah, asalkan sepakat pertahan ummah




BANGI, 2 ZULHIJJAH – Kewujudan banyak parti politik berteraskan Melayu dan Islam tidak menjadi masalah sekiranya semua pihak berkongsi matlamat yang sama untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. 

Aktivis, Ir. Ts. Muhammad Lukman Al Hakim Mohamad berkata, kepelbagaian parti hanya memberi manfaat kepada rakyat jika tidak lari daripada asas Perlembagaan Persekutuan, khususnya berkaitan hak umat Islam dan kedudukan Melayu.

Dalam masa sama, beliau menegaskan setiap parti perlu mengelakkan sebarang bentuk kompromi dengan pihak luar yang boleh menggugat kestabilan negara.

“Parti juga tidak terlibat atau ditaja oleh mana-mana pihak luar yang boleh menjejaskan kedaulatan negara. 

“Paling penting semua parti berlumba-lumba memajukan negara. Sama ada pendidikan, ekonomi atau teknologi, masing-masing boleh bersaing ikut kekuatan sendiri,” katanya.

Beliau berkata, persaingan politik hanya memberi nilai kepada rakyat jika berlaku secara sihat dan berasaskan khidmat, bukan saling menjatuhkan.

“Kalau bersaing secara sihat, rakyat untung. Tapi kalau asyik jatuhkan-menjatuhkan, rakyat yang rugi,” katanya.

Beliau turut menekankan keperluan budaya politik matang yang membuka ruang kerjasama strategik antara parti demi kepentingan negara.


Sumber | TV Pertiwi










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo