NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiga strategi utama berdepan gelombang kedua krisis bekalan global - TPM



KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menumpukan kepada tiga strategi utama dalam berdepan gelombang kedua krisis bekalan tenaga dunia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, pendekatan itu merangkumi langkah menjamin bekalan keperluan asas rakyat agar sentiasa mencukupi, memanjangkan tempoh bekalan melalui pengurusan dan pengagihan sumber secara berhemat, serta mengekang kenaikan harga melalui pemantauan rapi dan tindakan tegas.

"Kerajaan telah bertindak lebih awal dan akan terus memperkukuh usaha bagi memastikan rakyat kekal dilindungi dalam menghadapi gelombang kedua ini.

"Strategi ini dilaksanakan bagi memastikan rakyat terus dilindungi sementara negara menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan global.

"Dalam menghadapi tekanan ini, kerajaan tidak akan membiarkan rakyat menanggungnya bersendirian,” katanya pada Taklimat Krisis Bekalan Global yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan hari ini.

Fadillah berkata, gelombang kedua krisis dijangka berkembang secara berperingkat, dan rakyat akan melihat pelarasan harga bagi barangan tertentu atau gangguan bekalan sementara dalam tempoh akan datang.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, kerajaan komited untuk memastikan kesan kepada rakyat diminimumkan dan kerajaan akan terus mengurus perubahan itu dengan teliti supaya kesannya dapat dikawal.

"Kini, dunia sedang memasuki gelombang kedua, iaitu gangguan kepada bekalan barangan berasaskan minyak dan gas yang menyokong pelbagai sektor serta keperluan harian merangkumi pembungkusan makanan, barangan pengguna, sektor kesihatan serta logistik.

"Apabila bekalan global terganggu, pengeluaran akan menjadi terhad dan kos akan meningkat. Kesan ini dijangka dirasai secara berperingkat dalam tempoh akan datang," katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata, usaha kerajaan perlu disokong oleh semua pihak dan rakyat diseru untuk menggunakan sumber secara berhemat, mengelakkan pembaziran dan mengutamakan keperluan.- Bernama







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo