NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengusaha bas sekolah boleh semak kelayakan petrol, diesel subsidi melalui portal MySubsidi



SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa pengusaha bas dan van sekolah berdaftar layak memohon subsidi bahan api melalui sistem sedia ada.

Menurutnya, kenderaan berkenaan termasuk dalam kategori pengangkutan darat awam yang disenaraikan di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

"Untuk makluman, bas dan van sekolah adalah dalam senarai pengangkutan darat awam yang layak memohon subsidi petrol dan diesel melalui sistem SKPS dan SKDS.

"Semak kelayakan dan mohon melalui portal https://mysubsidi.kpdn.gov.my," jelasnya menerusi hantaran komen Facebook akaun KPDN Laman Rasmi pada Ahad.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kira-kira 2,000 pengusaha bas sekolah berdaftar (van) dijangka menaikkan kadar tambang seawal bulan depan berikutan kelewatan menerima kemudahan kad fleet di bawah SKPS.

Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia memaklumkan kebanyakan pengusaha kini bergantung kepada kuota subsidi di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95) bagi menampung operasi harian.


Sumber | Sinar Harian







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo