NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia iktiraf Global Sumud Flotilla sebagai misi nasional



BARCELONA - Malaysia menjadi negara pertama yang memberikan pengiktirafan rasmi kepada Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 sebagai misi nasional, sekali gus mencerminkan komitmen tegas negara dalam usaha menghentikan genosid di Gaza.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, misi itu kini membawa mandat negara serta mendapat sokongan padu daripada seluruh ahli Parlimen Malaysia.

"Malaysia berbangga menjadi negara pertama yang mengiktiraf misi ini sebagai misi nasional. Kehadiran kita di sini adalah untuk meneliti dan mengikuti pelaksanaannya dengan penuh komitmen,” katanya pada sidang media Sumud Nusantara di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Penaung misi itu berkata, penglibatan Malaysia melangkaui sempadan agama dan kaum, sebaliknya berteraskan prinsip sejagat kemanusiaan.

Amirudin turut menekankan situasi di Gaza yang semakin meruncing, dengan kira-kira 70,000 nyawa terkorban selain sekatan terhadap bekalan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan air bersih.

"Berdasarkan semangat kemanusiaan dan tanggungjawab bersama, penyertaan dalam Global Sumud Flotilla 2.0 dan Misi Sumud Nusantara adalah untuk menghantar mesej jelas bahawa genosid di Gaza mesti dihentikan,” katanya.

Beliau berkata, pengiktirafan rasmi Malaysia itu melambangkan sokongan 34 juta rakyat negara ini kepada koalisi global yang menghimpunkan 3,000 peserta dari 100 negara serta melibatkan lebih 100 kapal.

GSF dijadualkan berlepas dari sini hari ini sebagai sebahagian usaha antarabangsa untuk memecah kepungan Israel ke atas Gaza serta menangani krisis kemanusiaan dan politik yang semakin kritikal.

Misi berkenaan melibatkan lebih 80 kapal dan 1,000 peserta dari seluruh dunia, menggabungkan tindakan maritim dengan mobilisasi global di darat, termasuk advokasi undang-undang dan kempen akar umbi di pelbagai negara. - Bernama






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo