NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan Hadi tiada sebab naikkan harga minyak tak berasas – Fahmi



PUTRAJAYA — Kerajaan menolak dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa kenaikan harga minyak di Semenanjung Malaysia tidak berasas.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil  menegaskan, langkah itu selaras dengan situasi pasaran global dan tidak boleh dipandang ringan.

Menurut beliau, kenaikan harga diesel dan petrol berlaku bukan sahaja di Malaysia malah negara pengeluar utama minyak seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut menaikkan harga bagi mengekalkan keseimbangan pasaran.

“Saya tak pasti sama ada beliau (Abdul Hadi) diberikan maklumat yang tepat. Harga diesel di Thailand sekarang jauh lebih tinggi daripada harga diesel dalam negara kita sebagai contoh.

“Tapi tidak ada negara, UAE sekali pun terpaksa menaikkan harga minyak dalam negara mereka, tidak ada negara di dunia yang kerajaannya tidak ataupun pasaran tidak menaikkan harga,” tegasnya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet dan Taklimat Harian Krisis Tenaga Global  hari ini.

Awal hari ini, Abdul Hadi dalam kenyataan Minda Presiden mendakwa tiada alasan kukuh untuk menaikkan harga minyak kerana Malaysia bukan negara yang terlibat dengan sekatan Iran di Selat Hormuz.

Menurut beliau, alasan geopolitik yang digunakan kerajaan tidak munasabah memandangkan Malaysia mempunyai sumber minyak dan gas sendiri serta menjalin hubungan dengan negara Islam yang kaya sumber tenaga.

Mengulas kenyataan itu, Fahmi menegaskan, kerajaan telah memberikan taklimat penuh kepada Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri termasuk wakil negeri Sabah dan Sarawak supaya semua pihak memahami implikasi kenaikan harga minyak.

Beliau kesal kenyataan Abdul Hadi dibuat sedangkan peluang membangkitkan persoalan telah diberikan dalam mesyuarat bersama Perdana Menteri dan semua Menteri Besar serta Ketua-Ketua Menteri minggu lalu.

“Saya kesal dengan kenyataan beliau memandangkan Menteri Besar Terengganu (Datuk Seri Ahmad Samsuri Moktar) merupakan salah seorang yang hadir dalam mesyuarat di antara Perdana Menteri bersama Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri minggu lalu.

“Malangnya itu tidak berlaku, saya saksi hidup,” katanya. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo