MELAKA - Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih belum ditetapkan walaupun ia dijangka diadakan pada tahun ini.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu belum diputuskan buat masa ini dan orang ramai diminta bersabar menunggu pengumuman rasmi.
“Saya sudah katakan PRN tetap akan berlaku pada tahun ini, tetapi tarikhnya bila saya belum dapat ilham lagi. Minta bersabar.
“Tarikh saya tak boleh beritahu sekarang, nanti bergegar Malaysia,” katanya berseloroh ketika ditemui pada Program Moreh bersama pengamal media Melaka pada Jumaat.
Ab Rauf berkata, tempoh pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka hanya akan berakhir pada 30 November 2026, justeru PRN akan diadakan dalam tempoh enam bulan ini.
Mengulas cadangan DAP Melaka supaya Pilihan Raya Umum (PRU) dan PRN diadakan secara serentak, beliau berkata, itu hanya peringkat cadangan namun keputusan itu belum diputuskan.
“Sesiapa sahaja boleh mengemukakan cadangan, namun keputusannya tidak ada,” katanya.
Sebelum ini, Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mencadangkan mencadangkan supaya PRN dan PRU diadakan secara serentak susulan negara bakal berdepan lima pilihan raya utama dalam tempoh 18 bulan.
Ia membabitkan PRN Melaka, diikuti Sarawak, Johor pada Mac tahun depan, PRU pada Disember 2026 dan seterusnya PRN di enam negeri.
Poay Tiong berkata, pilihan raya yang diadakan secara berasingan akan melibatkan perbelanjaan lebih tinggi selain mengganggu tumpuan terhadap ekonomi dan pembangunan negara.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment