NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hishammuddin juga sudah serah permohonan kembali kepada UMNO – Asyraf Wajdi



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga sudah menyerahkan surat permohonan untuk kembali semula kepada UMNO.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut menyifatkannya berita yang cukup syahdu dan menggembirakan di malam-malam terakhir Ramadan.

Malah, beliau turut berdoa semoga Allah SWT memberkati UMNO sebagai Rumah Bangsa untuk terus memperjuangkan agenda Islam, Melayu dan negara keseluruhannya.

“Selain Khairy Jamaluddin, ramai lagi pemimpin-pemimpin yang pernah menabur jasa telah menyerahkan surat permohonan untuk kembali bersama memperkuatkan wadah perjuangan Rumah Bangsa ini termasuk Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkongsi detik pertemuan dengan Khairy semalam yang mana bekas Ketua Pemuda UMNO berkenaan turut menyerahkan surat rayuan untuk kembali kepada UMNO.

“Inilah antara makna sebenar Rumah Bangsa, sebuah ikhtiar untuk menemukan semula yang pernah berpisah, merapatkan kembali yang pernah berjauhan dan menghimpunkan semula kita dalam satu keluarga besar perjuangan,” kata Ahmad Zahid. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo