NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bukan ustaz, bukan ulama - Gerakan yakin profesional Samsuri diterima semua kaum



IPOH - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yakin pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mampu diterima semua lapisan bangsa termasuk masyarakat Cina.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau berkata, keyakinan tersebut bersandarkan kepada kelayakan dan pengalaman Naib Presiden Pas itu sebagai tokoh akademik dan profesional, bukan semata-mata figura agama.

Menurutnya, corak kepimpinan tersebut selari dengan hasrat PN untuk menampilkan imej sederhana dan inklusif dalam mendepani cabaran politik semasa serta persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

"Beliau bukan ustaz dan bukan ulama, tetapi seorang profesional akademik yang profesor, yang telah melanjutkan pelajaran di luar negara. Pandangan dan pengalaman beliau memang berbeza.

"Kita mesti beri platform kepada beliau untuk memimpin dan membuktikan kemampuan sebelum membuat sebarang penilaian," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perayaan Tahun Baharu Cina 2026 di Pusat Parti Gerakan Ipoh dekat Kampung Simee di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi Gerakan Perak, Chek Kwong Weng.

Dominic berkata, sekiranya terdapat kebimbangan atau persepsi negatif, Gerakan akan memainkan peranan memperjelaskan latar belakang serta kemampuan Ahmad Samsuri supaya masyarakat dapat membuat penilaian secara adil.

"Dalam setiap parti dan dalam masyarakat, memang ada pandangan positif dan negatif. Kita adalah negara berbilang kaum, jadi ini perkara biasa.

"Tetapi pendirian Gerakan jelas, kita tidak mahu menjadi sebahagian daripada masalah, sebaliknya menjadi sebahagian daripada penyelesaian," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan Menteri Besar Terengganu itu dipertimbangkan sebagai calon Perdana Menteri pada PRU16, Dominic berkata, perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan.

"Sebagai Pengerusi PN memang ada kemungkinan, tetapi belum ada keputusan muktamad. Apa-apa keputusan akan dibincangkan secara teliti oleh kepimpinan gabungan,” katanya.

Tegasnya, fokus utama PN ketika ini adalah memastikan gabungan tersebut mampu memenangi PRU16 dan memperoleh majoriti.

"Matlamat kita hanya satu iaitu menang pilihan raya akan datang. Soal siapa calon Perdana Menteri atau poster boy akan diumumkan pada masa sesuai," katanya.


Sumber | Sinar Harian








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo