- Aktivis Arun Dorasamy mengesahkan beliau akan didakwa di Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang esok di bawah Akta Hasutan 1948.
- “Saya sudah memberi kenyataan kepada polis tiga minggu lalu dan mereka telah diarahkan untuk mendakwa saya esok,” katanya.
- Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar berkata sebanyak lapan laporan polis telah dibuat terhadap Arun berkaitan kenyataannya dalam isu tersebut.
PETALING JAYA – Aktivis Arun Dorasamy mengesahkan beliau akan didakwa di Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang esok di bawah Akta Hasutan 1948.
Arun memaklumkan perkara itu menerusi kemas kini ringkas di status WhatsApp sebelum menjelaskan kepada media bahawa pertuduhan tersebut berkaitan kenyataan yang dibuatnya bagi mempertahankan kuil Hindu di Dengkil dan Rawang.
Menurutnya, beliau telah memberi keterangan kepada pihak polis kira-kira tiga minggu lalu berhubung isu tersebut.
“Saya sudah memberi kenyataan kepada polis tiga minggu lalu dan mereka telah diarahkan untuk mendakwa saya esok,” katanya.
Kontroversi melibatkan Arun tercetus susulan perdebatan berkaitan status sebuah kuil di Rawang yang menjadi perhatian umum dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.
Pada 2 Mac lalu, Sinar Harian melaporkan Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar berkata sebanyak lapan laporan polis telah dibuat terhadap Arun berkaitan kenyataannya dalam isu tersebut.
Menurut Shazeli, laporan itu dibuat berikutan rasa tidak puas hati terhadap beberapa kenyataan yang didakwa dibuat oleh aktivis berkenaan berhubung kontroversi melibatkan kuil tersebut.
Beliau turut memaklumkan bahawa salah satu laporan polis tersebut difailkan oleh pihak pengurusan kuil terbabit.-The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment