NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

4 ketua bahagian letak jawatan dalam kepimpinan Bersatu Wilayah Persekutuan



SHAH ALAM - Kemelut dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wilayah Persekutuan terus memuncak apabila empat ketua bahagian yang memegang jawatan penting dalam Badan Pimpinan Negeri (BPN) didakwa mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta pada Rabu.

Jawatan yang dikosongkan membabitkan Timbalan BPN yang juga Ketua Bahagian Seputeh, setiausaha (Ketua Bahagian Segambut), ketua penerangan (Ketua Bahagian Bukit Bintang) dan bendahari, (Ketua Bahagian Titiwangsa)

Perkara itu dimaklumkan bekas Ketua Bahagian Bersatu Lembah Pantai, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin selepas beliau menerima pemberitahuan berhubung keputusan tersebut menerusi aplikasi WhatsApp daripada individu terlibat.

Menurutnya, bulan lalu seramai tiga Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan iaitu Lembah Pantai, Kepong dan Cheras telah meletakkan jawatan di bahagian masing-masing serta keluar daripada parti.

"Pada hari ini (Rabu) pula, empat ketua bahagian yang memegang jawatan dalam kepimpinan G5 BPN Bersatu Wilayah Persekutuan telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dalam BPN Wilayah Persekutuan yang diterajui oleh Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin.

"Perkembangan ini dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada kepimpinan Bersatu Wilayah Persekutuan yang kini diterajui oleh Datuk Mohd Radzi yang baharu sahaja dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri.

"Situasi ini menimbulkan persoalan serius mengenai kestabilan dan hala tuju kepimpinan Bersatu di Wilayah Persekutuan dalam menghadapi cabaran politik semasa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Muhamad Muqharabbin menambah, perkembangan terbaharu itu juga berlaku dalam keadaan struktur organisasi parti di Wilayah Persekutuan sedang berdepan beberapa isu dalaman.


Sumber | Sinar Harian








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo