NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan PMX jadi bukti Himpunan Garah boleh diteruskan – peguam



KUALA LUMPUR, 19 SYAABAN – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjadi bukti bahawa perhimpunan aman Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) boleh diteruskan malam ini, kata peguam kanan, Haniff Khatri 

Peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla berkata, amaran yang dinyatakan oleh Anwar mengenai ‘tindakan undang-undang’ hanya merujuk kepada pihak yang menggugat keselamatan.

“Menurut kenyataan Perdana Menteri seperti yang dilaporkan media, beliau tidak menghalang penganjuran himpunan itu, namun peserta yang melampui batas atau melanggar undang-undang, itu yang akan patut dikenakan tindakan.

“Oleh itu, kenyataan Anwar adalah tepat. Cuma isunya sekarang ada yang cuba memutar belit kenyataan Perdana Menteri, kononnya himpunan ini tidak boleh dianjurkan.

“Seperti yang dijelaskan oleh Persatuan Peguam Muslim-Muslim Malaysia (PPMM) pagi tadi, penganjuran himpunan aman adalah hak rakyat yang dijamin dalam Perlembagaan,” katanya dalam sidang media di ibu negara, hari ini.

Kenyataan beliau itu sebagai maklum balas kepada kenyataan yang dibuat oleh Polis Kuala Lumpur yang memaklumkan bahawa himpunan GARAH tidak boleh diteruskan pada malam ini.

Mengulas lanjut, Haniff turut mengalu-alukan kehadiran pihak berkuasa termasuk dalam kalangan pemimpin kerajaan untuk hadir malam ini bagi mengetahui intipati himpunan tersebut supaya boleh faham matlamat sebenar perhimpunan tersebut.

Dalam pada itu, penyelaras GARAH, Zamri Vinoth sekali lagi menegaskan bahawa himpunan malam ini bertujuan untuk menggesa pihak berkuasa menggunakan kuasa undang-undang dalam membendung isu binaan rumah anutan haram yang semakin berleluasa di negara.

Tegas beliau, himpunan ini tidak ada kena mengenai dengan perjuangan sesuatu kaum mahupun agama, apatah lagi menghasut rakyat untuk membenci antara satu sama lain.

“Kita hanya mahu rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama untuk mematuhi undang-undang. Itu sahaja.

“Tidak perlu untuk memutar belit fakta. Isu rumah anutan haram ini sudah berlarutan begitu lama, kita hanya mahu pelaksanaan undang-undang yang adil kepada semua,” ujar beliau.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo