NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sanusi nafi tekanan Pas punca Muhyiddin letak jawatan



ALOR SETAR - Peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) didakwa bukan berpunca daripada desakan Pas.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan wujud tekanan daripada pemimpin Pas terhadap Muhyiddin supaya meletakkan jawatan tersebut.

“Tekanan daripada Pas? Tak ada,” katanya kepada media sempena Program Amanat Tahun Baru Pentabiran Tanah Negeri Kedah 2026 di Dewan Seri Mentaloon di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad kononnya wujud tekanan daripada pemimpin Pas supaya melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN.

Sementara itu, berhubung siapa yang akan menerajui PN selepas ini, beliau menegaskan perkara tersebut hanya akan ditentukan dalam mesyuarat rasmi gabungan berkenaan.

“Tengok mesyuarat PN akan datang, tengok siapa yang jadi pengerusi. Kalau saya pun, saya lah, tetapi saya tolak. Saya tak mahu, bagi orang lain. Siapa-siapa lah,” katanya.

Menurut beliau, sebarang keputusan berkaitan kepimpinan tidak wajar dibuat secara terbuka tanpa melalui perbincangan rasmi kerana boleh menimbulkan kekeliruan.

“Kita kena mesyuarat, tak boleh cakap seorang-seorang di luar, bincang dalam mesyuarat, buat keputusan dalam mesyuarat dan kemudian umum,” katanya.

Marzuki di laman sosial Facebook turut menyuarakan pandangan bahawa Pas layak meneraju kepimpinan PN demi kestabilan gabungan berkenaan susulan pengunduran Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi pada 1 Januari lalu.


Sumber | Sinar Harian






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo