NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Sahkan dahulu peletakan jawatan baru fokus calon Pengerusi PN' - Tuan Ibrahim



BANGI - [DIKEMAS KINI] Pas belum memuktamadkan sebarang nama calon bagi jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu hanya akan dibincangkan selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PN diadakan bagi mengesahkan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi gabungan berkenaan.

"Majlis Tertinggi PN perlu mengadakan mesyuarat terlebih dahulu bagi mengesahkan peletakan jawatan tersebut.

"Selepas itu barulah calon Pengerusi baharu boleh dikemukakan. Namun sehingga kini, mesyuarat berkenaan masih belum diadakan.

"Jadi, kita belum lagi mengutamakan soal calon dan sebagainya," katanya ketika ditemui media di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi pada Sabtu.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN.

Peletakan jawatan itu disahkan sendiri bekas Perdana Menteri itu menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa yang mana, peletakan jawatannya sebagai Pengerusi gabungan itu berkuat kuasa 1 Januari ini.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengesahkan parti itu sudah putuskan satu nama bagi calon Pengerusi PN bagi menggantikan Muhyiddin.

Menurut Ahmad Fadhli, nama calon sudah diputuskan namun proses penghantaran beliau tidak pasti macam mana.

Ujar Tuan Ibrahim, semua parti komponen PN juga mempunyai ruang untuk mengemukakan cadangan masing-masing dan keputusan muktamad akan dibuat oleh Majlis Tertinggi PN.

"Keutamaan sekarang ialah pengesahan peletakan jawatan Pengerusi. Selepas itu, parti komponen akan duduk berbincang melibatkan empat parti komponen untuk membincangkan siapa yang akan menjadi Pengerusi bagi menggantikannya.

"Saya rasa parti lain dan ahli komponen boleh mengemukakan mana-mana nama.

"Keputusan akhir akan dibuat oleh Majlis Tertinggi," ujarnya.


Sumber | Sinar Harian











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo