NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Kecam Pencerobohan AS Ke Atas Venezuela, Dakwa Langgar Undang-Undang Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 4 Jan 2026 — Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat (AS) yang didakwa melancarkan serangan ketenteraan ke atas Venezuela serta menculik Presiden negara itu, Nicolás Maduro, bersama isterinya, dalam satu tindakan yang disifatkan sebagai pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat, YB Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, tindakan tersebut jelas mencabuli kedaulatan sebuah negara berdaulat dan bercanggah dengan prinsip asas undang-undang antarabangsa, khususnya larangan campur tangan terhadap urusan dalaman sesebuah negara.

“Tindakan menculik seorang presiden yang sah tanpa sebarang asas undang-undang yang kukuh merupakan satu jenayah antarabangsa yang tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, masyarakat antarabangsa perlu bertindak segera bagi menghalang Amerika Syarikat daripada terus bertindak secara unilateral dan menyerang negara lain mengikut kepentingan geopolitiknya sendiri.

Sehubungan itu, PAS menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dijadualkan bersidang dalam masa terdekat agar mengambil pendirian tegas, termasuk mengenakan sekatan serta tekanan diplomatik yang keras terhadap Amerika Syarikat.

Dr. Muhammad Khalil turut memberi amaran bahawa tindakan agresif tersebut bukan sahaja berpotensi menggugat kestabilan rantau Amerika Selatan, malah boleh mencetuskan konflik yang lebih besar di peringkat global dan mengheret lebih banyak negara ke kancah peperangan.

“Sudah sampai masanya negara-negara di seluruh dunia bersatu dan bertindak secara kolektif untuk menghentikan kerakusan Amerika Syarikat dan sekutunya daripada terus bermaharajalela serta bertindak di luar batas undang-undang antarabangsa,” tegas beliau.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk menegaskan bahawa dunia perlu kembali kepada pendekatan penyelesaian berasaskan keadilan sejagat demi menjamin keamanan dan kestabilan antarabangsa.


( Hide )
  1. DATUK YIP KUM FOOK was wrong to dismiss Buddhist monks from the Buddhist Temple because all the monks were Malaysian citizens, and some of the monks were Bumiputera, who came from Siam, Kelantan. Venerable Piyadhammo came from Penang, and he was retired by the Singapore Criminal Investigation Department.

    DATUK YIP KUM FOOK will not be happy in this life because he has created more sins for the Buddhist monks, and he is not lucky in his life; his family also will also suffer because he has wronged to the Buddhist monks, he will never know about the history of the Buddha. When Prince Devatas tried to kill the Buddha, but failed, the earth sucked the last Prince Devatas.

    Now, DATUK YIP KUM FOOK is hiding from the public because he has done evil to everyone, and he will face problems for his life in the future. Everyone cannot help him or help solve his problems, now he is always at home and does not go out of his house, this is very pitiful.

    Now, Taman Desa Jaya, Kepong, is safer than before; last time there were more police and thugs because Datuk Yip Kum Fook paid them to harass people there, some police with guns to harass those who gossiped about him (Datuk Yip)

    By ah Meng, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpu

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo