NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NFA kes Zahid timbulkan persoalan, bukankah lebih elok mahkamah tentukan



KUALA LUMPUR – Keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan kes melibatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai ‘Tiada Tindakan Lanjut’ (NFA) menimbulkan persoalan besar, memandangkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini telah memerintahkan beliau membela diri.

Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali. berkata, mahkamah telah membebaskan Zahid tanpa dilepaskan (DNAA) pada September 2023, selepas permohonan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya ketika itu.

“Masa itu ramai yang kata itu kuasa mahkamah. Waktu itu Timbalan Pendakwa Raya yang minta DNAA. Kini Timbalan Pendakwa Raya itu Peguam Negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, sebelum DNAA diberikan, mahkamah telah memerintahkan Ahmad Zahid membela diri atas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

“Harus diingat. Zahid Hamidi telah diperintah bela diri atas keterangan di hadapan Yang Arif Hakim bagi 47 kes Yayasan Akal Budi,” katanya.

AGC hari ini memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Ahmad Zahid melibatkan 47 pertuduhan penyelewengan dana Yayasan Akalbudi.

AGC dalam satu kenyataan memaklumkan, tiada tindakan lanjut akan diambil berhubung kes berkenaan.

Menurut AGC, keputusan tersebut membawa kepada penamatan muktamad kes itu selaras dengan kuasa dan budi bicara Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang berkaitan.

Mengulas lanjut, Muhammad Rafique menegaskan, perintah membela diri oleh mahkamah sebelum ini membuktikan wujud kes prima facie yang kukuh.

“Kalau dipanggil bela diri maksudnya ada kes kuat untuk Zahid Hamidi jawab,” katanya lagi.

Beliau menambah, keputusan mahkamah ketika itu jelas menunjukkan pertuduhan berkenaan dianggap kukuh oleh hakim perbicaraan.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan keputusan terkini Peguam Negara yang menyatakan tiada kes untuk diteruskan.

“Sekarang Peguam Negara kata tiada kes. No Further Action. NFA. Selepas 26 bulan,” katanya.

Menurut beliau, perkembangan itu membawa maksud semua pertuduhan terhadap Ahmad Zahid digugurkan selepas pelantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Maknanya tiada kes. Semuanya lepas Zahid jadi TPM pada PMX,” katanya.

Muhammad Rafique turut mempersoalkan mengapa kes tersebut tidak dikembalikan semula kepada hakim yang sama untuk diputuskan.

“Bukankah lebih elok mahkamah yang tentukan?” katanya.


Sumber | Malaysiagazzete











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo