Antara tumpuan utama ialah usaha memperkukuh sistem perundangan negara apabila pengasingan kuasa antara Pendakwa Raya dan Peguam Negara akan menjadi Rang Undang-Undang pertama dibentangkan di Parlimen tahun ini.
Selain itu, kerajaan turut merancang membentangkan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat (Ombudsman Bill) bagi meningkatkan ketelusan, akauntabiliti serta tadbir urus pentadbiran awam.
Had Tempoh Perdana Menteri, Kenaikan Gaji Hakim
Anwar turut memaklumkan bahawa kerajaan akan membentangkan rang undang-undang mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, selaras dengan agenda reformasi politik dan pengukuhan demokrasi.
Dalam aspek kehakiman, beliau mengumumkan kenaikan gaji hakim selepas hampir 10 tahun tanpa sebarang pelarasan, sebagai usaha menjaga kebajikan dan kebebasan institusi kehakiman.
Pendigitalan Perkhidmatan Awam Diperkasa
Perdana Menteri turut menyeru penjawat awam agar melaksanakan pendigitalan sistem secara serius, bagi meningkatkan kecekapan, kelajuan serta kualiti perkhidmatan kepada rakyat.
Peruntukan Pendidikan Dan Bantuan Rakyat
Dalam sektor pendidikan, kerajaan memperuntukkan RM80 juta bagi naik taraf sekolah SJKC dan RM50 juta untuk SJKT, selain meneruskan Bantuan Awal Persekolahan RM150 kepada setiap murid, yang boleh dituntut oleh ibu bapa di sekolah masing-masing.
Bagi membantu kos sara hidup rakyat, Anwar mengumumkan beberapa bentuk bantuan tunai dan barangan keperluan, antaranya:
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan mula dibayar pada 20 Januari 2026
- Bantuan SARA RM100 kepada setiap warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan dikreditkan pada 9 Februari 2026
- Bayaran bulanan SARA akan dibuat secara berperingkat mulai 9 Januari 2026
- Jualan Rahmah MADANI akan bermula 9 Januari 2026, diadakan tiga kali sebulan di setiap DUN
Perutusan tersebut mencerminkan komitmen kerajaan MADANI untuk meneruskan agenda reformasi, memperkukuh institusi negara serta memastikan kebajikan rakyat terus diberi keutamaan pada tahun 2026.
— 1Media.my

No comments
Post a Comment