NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO Sabah tentukan calon Kinabatangan, Lamag



PONTIAN – Penentuan calon bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag akan diserahkan kepada Ketua UMNO Sabah yang baharu, Datuk Jafri Arifin.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, walaupun terdapat beberapa nama yang disebut-sebut, fokus utama adalah memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan kemenangan di kedua-dua kerusi tersebut.

“Yang penting bagi saya, BN perlu memenangi kedua-dua kerusi itu. Oleh itu, kita perlu ketengahkan calon yang terbaik, yang dikenali oleh pengundi di kawasan Parlimen Kinabatangan yang luas ini.

“Parlimen Kinabatangan sangat mencabar kerana kawasan itu amat besar, hampir setara dengan keluasan negeri Pahang. Parlimen ini terdiri daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Kuamut, Sukau dan Lamag,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Belia Cemerlang Parlimen Pontian di Dataran Majlis Perbandaran Pontian pada Sabtu.

Sebelum itu, pada Selasa, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan akan mengadakan mesyuarat khas susulan kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag di Sabah, selepas kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 baru-baru ini, Bung Moktar, 66, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.

Bagi kerusi Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Bung Moktar berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keenam pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022 dan kerusi DUN Lamag selama dua penggal.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ahli Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Negara mencadangkan agar Anugerah Belia Cemerlang dianjurkan di setiap Parlimen seluruh negara bagi melahirkan lebih ramai pemimpin belia serta menggalakkan semangat keusahawanan.

Cadangan itu dibuat susulan kejayaan Anugerah Belia Cemerlang Pontian yang kini memasuki edisi kelima dengan pelbagai pencapaian belia dalam bidang persatuan, sukan, pendidikan dan teknologi yang mendapat pengiktirafan.


Sumber | Sinar Harian









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo