- Pihak pusat beli-belah itu berkata keputusan tersebut dibuat susulan penegasan semula oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim, bahawa larangan membawa haiwan ke pusat beli-belah di negeri itu masih berkuat kuasa.
- “Haiwan peliharaan hanya dibenarkan berada di taman luar bangunan yang ditetapkan (Squarrel’s Playground) di Sunway South Quay Lake. Haiwan boleh bersama pemilik semasa melalui kawasan parkir (B3 & B4) menuju ke zon luar yang ditetapkan dengan pemantauan pasukan keselamatan kami,” kata kenyataan itu.
KUALA LUMPUR — Sunway Square Mall menarik balik dasar mesra haiwan peliharaan (pet-friendly) dengan serta-merta, sekali gus melarang membawa haiwan ke kawasan tertutup dalam pusat beli-belah tersebut selaras arahan kerajaan negeri Selangor.
Pihak pusat beli-belah itu berkata keputusan tersebut dibuat susulan penegasan semula oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim, bahawa larangan membawa haiwan ke pusat beli-belah di negeri itu masih berkuat kuasa.
Menurut kenyataan mall berkenaan, langkah itu diambil bagi memastikan persekitaran yang selamat, bersih dan selesa untuk semua pengunjung.
“Haiwan peliharaan hanya dibenarkan berada di taman luar bangunan yang ditetapkan (Squarrel’s Playground) di Sunway South Quay Lake.
“Haiwan boleh bersama pemilik semasa melalui kawasan parkir (B3 & B4) menuju ke zon luar yang ditetapkan dengan pemantauan pasukan keselamatan kami,” kata kenyataan itu.
Sunway Square Mall turut memohon maaf atas sebarang kesulitan dan mengucapkan terima kasih atas kefahaman orang ramai.
Semalam, Ng menegaskan larangan membawa haiwan ke pusat beli-belah seluruh Selangor masih berkuat kuasa, namun kerajaan negeri akan meneliti semula garis panduan sedia ada demi memelihara keharmonian masyarakat.
Beliau berkata segala amalan antarabangsa perlu diteliti dengan cermat memandangkan Selangor ialah sebuah negeri berbilang kaum.-The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment