NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bung Moktar Meninggal Dunia

KOTA KINABALU (5 Dis): Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, telah meninggal dunia di sebuah hospital swasta pada jam 1.46 pagi hari ini. Beliau berusia 66 tahun.

Anaknya, Naim Kurniawan Moktar, memaklumkan perkara itu kepada wartawan ketika dihubungi pagi ini, namun tidak mengulas lanjut mengenai punca kematian ayahnya.

“Tolong doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” kata Naim Kurniawan, anak kedua Bung Moktar.

Bung Moktar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, sebelum ini dimasukkan ke hospital, dan antara yang sempat menziarahinya ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 baru-baru ini, Bung Moktar mempertahankan kerusi Lamag dengan majoriti 153 undi dalam pertandingan enam penjuru, selepas turut menang di kerusi sama pada pilihan raya negeri sebelumnya.

Beliau memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan pada Pilihan Raya Umum ke-10 pada November 1999, dan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen kawasan itu selama enam penggal.

Dilahirkan pada 15 September 1959 di Sukau, Kinabatangan, beliau meninggalkan dua balu, Datin Seri Nor Asidah Alimuddin dan Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, serta tujuh orang anak.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo