NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid nafi pelawa KJ sertai semula UMNO



PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan kononnya beliau mempelawa bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) untuk kembali menyertai parti itu.

Penafian tersebut dibuat susulan laporan beberapa portal berita sebelum ini yang mendakwa Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau dijangka menyertai semula UMNO menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal berlangsung hujung bulan depan.

Menurut laporan sama, Khairy yang kini bertugas sebagai penyampai radio dikatakan telah mendapat restu daripada pimpinan tertinggi UMNO, khususnya Presiden parti untuk kembali ke pangkuan parti berkenaan.

Difahamkan, Khairy menyatakan hasrat untuk kembali menyertai UMNO dalam satu pertemuan tidak rasmi bersama Ahmad Zahid pada majlis resepsi perkahwinan anak Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan bahawa pertemuannya dengan Khairy hanyalah secara kebetulan dan tidak melibatkan sebarang perbincangan politik.

“Saya cuma bertemu dengan beliau di majlis perkahwinan dan kami tidak berbincang apa-apa pun. Apa yang terpapar di media hanyalah berita yang ditulis oleh media.

“Saya amat menghormatinya dan tidak mahu menyanggah mana-mana wartawan yang menulis mengenai perkara itu, seperti mana yang pernah disanggah oleh seseorang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, pada Selasa.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Untuk rekod, Khairy dipecat daripada UMNO pada Januari 2023 berikutan kelantangannya mengkritik kepimpinan tertinggi parti ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Beliau turut tewas ketika bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai persiapan Barisan Nasional (BN) menghadapi PRN Sabah, Ahmad Zahid menjelaskan bahawa perbincangan mengenai agihan kerusi hampir selesai.

“Ya, hampir sampai... saya akan kata 95 peratus hampir selesai,” ujarnya.

Beliau berkata, pengumuman rasmi mengenai perkara itu dijangka dibuat dalam tempoh terdekat.

“Saya akan mengumumkannya apabila saya terbang ke Kota Kinabalu minggu depan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut mendedahkan bahawa BN bakal menampilkan ramai calon baharu dalam PRN Sabah kali ini.

“Saya rasa hampir 80 peratus muka baharu, insya-ALLAH,” tambahnya.


Sumber | Sinar Harian










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. DATUK YIP KUM FOOK was not ashamed of what he had done to the people, and the entire Chinese community despised him. Now, many people know, and everyone is sharing it on the internet.

    Previously, he was proud and acted out to everyone because he thought he was more powerful in the MCA party, and that anyone could do anything to him.

    This he is very stupid and cannot predict himself at all. Now, he is suffering more and more, and also hiding from everyone in Kepong; he is not part of the society, and locks himself up at home; he cheats the Buddhist Temple money, and burns the Hindu Temple in Taman Daya, Kepong.

    By Amelia Leong, Taman Daya, Kepong

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo