NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wan Fayhsal jangan jual nama Najib – Puad



KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mengingatkan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal supaya tidak menjual nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia susulan dakwaan kononnya Najib dipengaruhi oleh Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk menandatangani akaun bersumpah (SD) bagi menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Menurut Mohd. Puad, beliau selaku MKT UMNO sering berada bersama Najib yang juga bekas Presiden UMNO dan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

“Najib bertindak secara kolektif. Dia patuh pada keputusan parti.

“Tidak ada sebab Najib akan mendengar pujukan Hamzah kaki lompat dan pengkhianat UMNO,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Tambah Mohd. Puad, keputusan Najib dan UMNO adalah taktikal iaitu menjatuhkan musuh satu persatu bermula dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0 dan ia terbukti menjadi kenyataan.

Kemudian, kata beliau, 17 bulan selepas itu giliran Muhyiddin pula jatuh apabila lapan Ahli Parlimen UMNO termasuk Najib sendiri menarik sokongan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkenaan.

“Sebab itu Najib dan BN tidak pernah menyertai gabungan PN.

“Nasihat saya kepada Wan Ahmad Fayhsal berhenti buat pendedahan.

“Takut lagi banyak bohong. Pujuk 22 MP Bersatu buat SD menarik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu,” katanya.  – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo