NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Sabah: SPR keluarkan 22,881 kertas undi pos



KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 22,881 kertas undi pos kepada semua yang layak untuk mengundi sebagai pengundi pos seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 bagi PRU Dewan Undangan Sabah Ke-17.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pengeluaran kertas undi pos pada 17 hingga 18 November 2025 dijalankan oleh petugas undi pos di semua 73 Bahagian Pilihan Raya Negeri.

Semua 22,881 kertas undi pos tersebut terdiri daripada 21,362 kertas undi pos bagi kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, ahli/Pegawai SPR, anggota polis, tentera, dan petugas media), 336 kertas undi pos bagi kategori 1B (warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara), dan 1,183 kertas undi pos bagi kategori 1C (agensi/organisasi).

Proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran ejen undi pos daripada parti atau individu yang bertanding.

SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2) serta segera  mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus Dewan Undangan berkenaan sebelum jam 5 petang pada Hari Mengundi iaitu pada 29 November 2025 (Sabtu).

Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo