NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Sabah: PKR bertanding di 10 kerusi DUN - Anwar



KOTA KINABALU - Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 10 calon yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Senarai kerusi yang ditandingi ialah DUN Inanam, DUN Api-Api, DUN Merotai, DUN Melalap, DUN Sindumin, DUN Tulid, DUN Gum-Gum, DUN Karamunting, DUN Segama, DUN Petagas.

"Jadi saya mengumumkan calon PH DUN Inanam, Datuk Peto Galim. Kita juga ada calon wanita iaitu bagi DUN Tulid, Datin Rufinah Pengeran. Ada juga tokoh pakar undang-undang iaitu bagi DUN Petagas, Awang Husaini Sahari.

"Kita tonjolkan tokoh ketua cabang ada ijazah, seorang yang cukup berdisiplin bagi DUN Segama, Romansa Lamin. Seorang yang ada pendidikan menjadi pengerusi persatuan nelayan kawasan dan ada diploma DUN Gum-Gum, Abdul Said Pimping.

"Seorang peguam muda lulusan luar negara dan ijazah sarjana iaitu DUN Api-Api Thonny Chee, seorang lagi calon bekas pegawai kanan kerajaan, paling senior dalam mana-mana calon iaitu DUN Merotai, Datuk Ruji Ubi. Aktif dalam NGO untuk calon DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar.

"Bekas Timbalan Menteri Kewangan II, DUN Sindumin, Datuk Yamani Hafez Musa. Penyandang DUN Karamunting, George Hiew," katanya.


Sumber | Sinar Harian





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. DATUK YIP KUM FOOK was not ashamed of what he had done to the people, and the entire Chinese community despised him. Now, many people know, and everyone is sharing it on the internet.

    Previously, he was proud and acted out to everyone because he thought he was more powerful in the MCA party, and that anyone could do anything to him.

    This he is very stupid and cannot predict himself at all. Now, he is suffering more and more, and also hiding from everyone in Kepong; he is not part of the society, and locks himself up at home; he cheats the Buddhist Temple money, and burns the Hindu Temple in Taman Daya, Kepong.

    By Amelia Leong, Taman Daya, Kepong

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo