NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MIC tidak akan minta maaf kerana teroka pakatan politik baharu – Vigneswaran



SHAH ALAM – MIC tidak meminta maaf kepada UMNO kerana tindakannya yang meneroka pakatan dan kerjasama politik baharu selain Barisan Nasional (BN) demi kelangsungannya parti berteraskan masyarakat India di negara ini.

Presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran Sanasee  melahirkan rasa kesal apabila MIC ditegur hanya tindakannya demi kelangsungan diri sendiri.

“MIC tidak akan meminta maaf kerana membuat pilihan untuk memperkasakan masyarakat kita. Kita tidak akan terintimidasi oleh naratif yang direka untuk memastikan kita terperangkap dalam politik.

“Kita tidak boleh diminta kekal setia kepada satu gabungan di mana ahli lain gabungan tersebut bertindak sepihak demi kelangsungan diri sendiri,” katanya dalam ucapan presiden pada Perhimpunan Agung MIC ke-79, di sini hari ini.

Vigneswaran juga menemplak tindakan parti-parti besar yang mempersoalkan MIC berbuat demikian sedangkan mereka sendiri mencari sekutu demi kelangsungan, kekuatan dan strategi politik masing-masing.

“Mengapa MIC dipersoal apabila kita cuba melakukan perkara yang sama? Mengapa mobiliti politik kita dipersoalkan sedangkan orang lain bebas bergerak?

“MIC bukan rakan junior yang boleh diarahkan. MIC adalah parti pengasas BN. Kita juga mempunyai hak, malah bertanggungjawab untuk meneroka apa jua pakatan, mengadakan dialog atau bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk melindungi kepentingan masyarakat kita,” katanya.

Vigneswaran menyifatkan teguran UMNO itu sebagai dwi-standard dan pimpinan MIC tidak akan berdiam diri.

“Apabila Pakatan Rakyat (PR) ingin bekerjasama dengan Pas, ia dipuji sebagai reformasi. Apabila UMNO bekerjasama dengan Pas, ia disebut sebagai penyatuan ummah tetapi apabila MIC hanya mempertimbangkan untuk berhubung dengan Pas, tiba-tiba ia menjadi isu.

“Tiba-tiba ia tidak dapat diterima dan MIC diminta untuk berdiam dan terkurung dalam batas politik yang ditetapkan oleh orang lain,” katanya lagi. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo