NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hulu Langat banjir selepas karaoke



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan menangkis dakwaan kononnya beliau `sibuk’ berkaraoke di Sabah ketika kawasannya sedang dilanda bencana banjir.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, Mohd Sany bagaimanapun mengakui beliau ada menyampaikan sebuah lagu ketika turun berkempen sempena Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulayaban.

Namun, jelas beliau, program itu berlangsung pada 22 November lalu, bukannya semalam iaitu ketika Parlimen Hulu Langat mula dilanda banjir.

“Saya berkaraoke pada sebelah malam 22 November di DUN Sulabayan selepas diminta oleh masyarakat di sana.

“Mereka beritahu YB nyanyilah satu lagu sebab suara YB sedap…jadi saya bila diminta oleh masyarakat, oleh pengundi…saya nyanyikanlah sebuah lagu.

“Cuma saya menyanyi itu di depan orang ramai, di depan pengundi, saya tidak menyanyi dengan anak dara orang pukul 2 atau 3 pagi,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Bagaimanapun, tambah Mohd Sany, beliau bergegas pulang dari Sabah semalam selepas mendapat berita kawasan Parlimennya di Hulu Langat mula dilanda banjir dan segera turun padang meninjau bencana itu.

Malah, ujarnya, beliau pagi ini juga sempat meninjau keadaan mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SRA Dusun Nanding, selain melihat perkembangan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sementara itu, tambah Mohd Sany yang juga Pengarah Pilihanraya Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional, beliau sedia memaafkan pihak-pihak yang menabur fitnah terhadapnya dalam isu terbabit.

“Saya rasa cukup-cukuplah kita bermain politik, sebab kita sudah tahu pembangkang seperti Perikatan Nasional (PN) dan Pas ini, mereka sudah tidak ada modal untuk dimainkan.

“Cuma ingatan saya, jangan buat lagi (fitnah) dalam keadaan rakyat sedang susah dan terbeban kerana berdepan musibah banjir, sepatutnya kita semua sama-sama turun bantu,” katanya.

Terdahulu, beberapa platform media sosial membuat dakwaan kononnya Mohd Sany sibuk berkempen termasuk berkaraoke di Sabah, ketika kawasan Parlimen Hulu Langat dilanda banjir semalam ekoran hujan lebat berterusan yang menyebabkan beberapa laluan utama dan kediaman penduduk terjejas.

Pada PRN-17 Sabah yang akan berlangsung pada Sabtu ini, DUN Sulabayan ditandingi calon Amanah, Mohd Zulfikar Ab Mijan mewakili parti PH dalam persaingan lapan penjuru. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo