GAZA: Beberapa penduduk Palestin cedera akibat serangan dron Israel di selatan Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Menurut sumber tempatan, satu dron Israel mengebom sekumpulan orang awam di kawasan Abasan al-Kabira, Khan Yunis, pada Isnin.
Mereka dilaporkan sedang memeriksa rumah masing-masing ketika serangan berlaku. Beberapa orang cedera, termasuk ada yang parah.
Rejim Zionis terus melepaskan tembakan mesingan berat secara berterusan dan intensif ke kawasan timur Khan Yunis.
Sementara itu, bot serangan Israel turut melepaskan tembakan peluru berpandu ke arah Pantai Rafah.–AlHijrah Online
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment