KUALA LUMPUR: Reman terhadap pelajar lelaki disyaki menikam seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, di sini disambung tujuh hari bermula esok.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata perintah reman hingga 28 Okt terhadap remaja 14 tahun itu dikeluarkan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini, selepas tempoh reman berakhir hari ini.
“Suspek (pelajar lelaki) disambung reman selama tujuh hari hingga 28 Okt,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau turut memaklumkan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya esok untuk arahan lanjut.
Semalam, Shamsudin memaklumkan polis telah merakam keterangan daripada 148 individu setakat ini bagi membantu siasatan, dan permohonan untuk menyambung perintah reman telah dikemukakan.
Pada Rabu lepas, Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha membenarkan suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian pada 14 Okt lepas, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam tandas di sekolah berkenaan selepas disyaki ditikam berulang kali oleh suspek yang juga merupakan rakan sekolah mangsa.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata laporan awal bedah siasat yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati punca kematian mangsa disebabkan jumlah tikaman berulang kali pada bahagian dada dan leher.–AlHijrah Online
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


DATUK YIP KUM FOOK was not ashamed of what he had done to the people, and the entire Chinese community despised him. Now, many people know, and everyone is sharing it on the internet.
ReplyDeletePreviously, he was proud and acted out to everyone because he thought he was more powerful in the MCA party, and that anyone could do anything to him.
This he is very stupid and cannot predict himself at all. Now, he is suffering more and more, and also hiding from everyone in Kepong; he is not part of the society, and locks himself up at home; he cheats the Buddhist Temple money, and burns the Hindu Temple in Taman Daya, Kepong.
By Amelia Leong, Taman Daya, Kepong