| PAUL Yong Choo Kiong akan mula menjalani hukuman penjara selama lapan tahun hari ini. FOTO Bernama |
Putrajaya, 1 Okt – Bekas ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, akhirnya ke penjara hari ini selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dan mengekalkan sabitan kesalahan merogol pembantu rumah warga Indonesia enam tahun lalu.
Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang mengetuai panel tiga hakim berkata keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini adalah tepat dan sabitan ke atas Yong kekal sah.
Yong, 55, yang kelihatan tenang di mahkamah, terus dibawa ke Penjara Kajang untuk memulakan hukuman lapan tahun serta dua sebatan.
Kes ini bermula pada 2022 apabila Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman 13 tahun penjara ke atas Yong. Namun, rayuan di Mahkamah Rayuan tahun lalu mengurangkan hukuman itu kepada lapan tahun, sementara sebatan tetap dikekalkan.

No comments
Post a Comment