NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pas tolak agenda perpaduan kaum sempit, satukan bukan Islam tidak ektrem – Hadi



ALOR SETAR – Pas bertanggungjawab mengajak perpaduan umat untuk melakukan islah daripada kesilapan kerajaan terdahulu serta berusaha menyatukan parti Melayu Islam yang berselerak dengan pendekatan berpecah sebelum ini.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti Islam itu juga menyatukan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi membentuk sebuah negara masyarakat majmuk yang sejahtera.


“Pas memperkenalkan pendekatan penyatuan ummah mengikut petunjuk al-Quran berkonsepkan keluarga masyarakat majmuk.

“Pas menolak sebarang agenda perpaduan kaum yang sempit dan mempunyai wawasan yang terhad,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden Pas dalam Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-71, di Kompleks Pas Kedah, di sini, hari ini.


Abdul Hadi berkata, Pas sedia berbincang dengan semua pihak yang menunjukkan tanda-tanda keikhlasan untuk mencari jalan penyelesaian supaya kembali kepada Islam.

“Hal ini sangatlah penting bagi mengatasi masalah umat yang besar, bukan sekadar agenda politik sempit, jangka masa pendek dan tidak beristiqamah bersama Islam.

“Kewajipan kita kembali kepada teladan ditunjukkan oleh Rasulullah SAW yang menyatukan bangsanya bersama Islam dan mewujudkan kumpulan Islam berkuasa,” katanya.

Katanya lagi, Islam berjaya memimpin bangsa Melayu daripada jahiliah kepada Islam yang berkuasa.


“Malangnya, dijatuhkan bersama kejatuhan kuasa besar Islam sehingga dijajah dan diratah oleh penjajah musuh Islam.

“Namun, umat Melayu Islam tidak menyerah kalah dan terus menentang penjajah mendahului kaum lain yang dibawa masuk oleh penjajah mengikut perancangan mereka, sehingga wujudnya masyarakat majmuk,” katanya lagi. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo