NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hadi dakwa Malaysia Madani hanya slogan fahaman sempit



ALOR SETAR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa ‘Malaysia Madani’ dijadikan slogan untuk menipu rakyat dengan kefahaman yang sempit tanpa ilmu, hanya sekadar menipu tanpa haluan dan petunjuk.


Beliau turut mendakwa slogan itu juga disempitkan sekadar secebis bumi kecil Malaysia di dalam dunia yang luas.

Sedangkan, ujar beliau, `madani’ yang sebenar ialah Islam wajib berkuasa memerintah urusan manusia.

“Rasulullah SAW ialah teladan terbesar pada akhir zaman, ketika manusia dikurniakan kemajuan ilmu sehingga menghubungkan seluruh manusia di alam dunia terkini,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden Pas sempena Muktamar Pas Pusat ke-71 di Markas Pas, di sini hari ini.


Sementara itu, Abdul Hadi dalam ucapan dasar bertemakan `Kembali Kepada Penyelesaian Islam’ tersebut turut menghuraikan berkenaan tafsiran madani dari sudut penulisan oleh Ibn Khaldun.


Menurutnya, Ibn Khaldun dalam al-Muqaddimah menyebut `manusia itu secara tabiinya bersifat madani’ yang bermaksud manusia perlu bermasyarakat, tidak boleh bersendirian bagi memenuhi kehidupannya, berkumpul, berilmu dan bertamadun dengan panduan `al-din’.

“Bukan sekadar bermasyarakat madani tanpa panduan, kerana Allah SWT menguji manusia sama ada memilih jalan Islam ataupun jalan yang lain,” katanya.


Sementara itu, Abdul Hadi mengingatkan yang mana terdapat perjuangan mutakhir ini, yang mahu meminggirkan Islam dan melemahkan kedudukannya.

Sehubungan itu, tegasnya, usaha tersebut perlu ditentang dan dihapuskan kerana boleh merosakkan negara dan hubungan masyarakat majmuk.


Ujar beliau, semua perkara yang mengancam Islam, sama ada melalui cara menegakkan syiar yang melampau yang menyalahi undang-undang, langkah berpolitik untuk merampas kuasa politik atau segala usaha melemahkan umat Islam dengan pelbagai cara serta lapangan.

“Semua kalangan umat Islam, bermula daripada rakyat sehinggalah para raja dan pemimpin wajib bersuara serta bertindak untuk mempertahankan kemuliaan Islam dan kuasa kedaulatannya yang menjadi amanah besar daripada Allah SWT.

“Maka, kedudukan Islam di negara ini wajib dipertahankan,” katanya. – MalaysiaGazette













........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo