- Laporan bertajuk Crime in India 2021menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2020 dengan 28,046 kes rogol, namun sedikit menurun berbanding tahun 2019 yang mencatatkan 32,033 kes.
- Antara negeri dengan jumlah kes rogol tertinggi ialah Rajasthan (6,337 kes), diikuti Madhya Pradesh (2,947), Uttar Pradesh (2,845) dan Maharashtra (2,496). Delhi sahaja merekodkan 1,250 kes rogol sepanjang tahun tersebut.
NEW DELHI– India merekodkan 31,677 kes rogol sepanjang tahun 2021, bersamaan purata 86 kes setiap hari, menurut laporan terbaharu Biro Rekod Jenayah Negara (NCRB) yang beroperasi di bawah Kementerian Dalam Negeri India.
Laporan bertajuk Crime in India 2021 itu turut mendedahkan hampir 49 kes jenayah terhadap wanita dilaporkan setiap jam di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam kategori tersebut sebanyak 4,28,278 kes pada tahun sama.
Perangkaan itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2020 dengan 28,046 kes rogol, namun sedikit menurun berbanding tahun 2019 yang mencatatkan 32,033 kes.
Antara negeri dengan jumlah kes rogol tertinggi ialah Rajasthan (6,337 kes), diikuti Madhya Pradesh (2,947), Uttar Pradesh (2,845) dan Maharashtra (2,496). Sementara itu, Delhi sahaja merekodkan 1,250 kes rogol sepanjang tahun tersebut.
Dari segi kadar jenayah rogol bagi setiap 100,000 penduduk, Rajasthan mencatatkan kadar tertinggi iaitu 16.4, diikuti Chandigarh (13.3), Delhi (12.9), Haryana (12.3) dan Arunachal Pradesh (11.1). Purata kebangsaan pula adalah 4.8.
Kategori jenayah terhadap wanita dalam laporan itu merangkumi pelbagai kesalahan termasuk rogol, rogol disertai pembunuhan, kes dowri, serangan asid, menghasut bunuh diri, penculikan, perkahwinan paksa, pemerdagangan manusia dan gangguan seksual dalam talian.
Bagi jumlah keseluruhan jenayah terhadap wanita, negeri yang mencatatkan kes tertinggi ialah Uttar Pradesh (56,083), diikuti Rajasthan (40,738), Maharashtra (39,526), Bengal Barat (35,884) dan Odisha (31,352).
Namun, dari segi kadar jenayah terhadap wanita, Assam berada di kedudukan teratas dengan 168.3 kes bagi setiap 100,000 penduduk, diikuti Delhi (147), Odisha (137), Haryana (119.7) dan Telangana (111.2).
Data rasmi itu turut mendedahkan kadar pendakwaan (charge-sheeting rate) bagi jenayah terhadap wanita ialah 77.1 peratus pada tahun 2021, mencerminkan sebahagian besar kes dibawa ke mahkamah.- The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment